LATAR BELAKANG

Madrasah Tarbiyyatul Ajyal (MATA) didirikan di atas sekeping tanah seluas 3 ekar yang beralamat di No. 254, Batu 17, Kampung Matang Kerian, 34900 Pantai Remis, Perak telah beroperasi mulai Januari tahun 2013. Madrasah ini telah diasaskan oleh Ustaz Husain Bin Hamid dan Ustaz Syakirin Bin Husain. MATA meletakkan lima teras utama dalam menjayakan agenda perjuangan ini iaitu:

  • AQIDAH PERJUANGAN
  • AL-ILMU IMAMUL A'MAL (ILMU PEMANDU AMALAN)
  • MAHABBAH ILALLAH (KECINTAAN KEPADA ALLAH)
  • AL-FAROUQ (KETEGASAN MEMBEZAKAN ANTARA HAK DAN BATIL)
  • MARDHATILLAH (MENGEJAR KEREDHAAN ALLAH)


OBJEKTIF PENUBUHAN

Madrasah Tarbiyyatul Ajyal (MATA) ialah sebuah perkampungan Islam yang terisi di dalamnya sebuah madrasah/maahad, pondok moden, tahfiz dan pusat pemulihan bagi melahirkan:
  • Generasi yang faqih dalam semua bidang yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah sehingga mampu menjadikan ilmu-ilmu Islam berjaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
  • Golongan Intelektual Islam yang menguasai pelbagai bidang ilmu secara pakar dan matang serta mampu mendepani masa dan era global.
  • Golongan yang mampu mendidik generasi agar taat kepada Allah S.W.T dan menterjemah nilai Islam melalui akhlak, sahsiah dan budaya hidup.
  • Individu muslim yang multazim (komited) dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.


PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

PENGAJIAN MADRASAH/MAAHAD
  • Menawarkan pengajian sekolah rendah dan menengah yang mempunyai dua aliran iaitu Al-Azhariah dan aliran akademik.

PENGAJIAN PONDOK DARUL TAQWA
  • Menawarkan pengajian pondok moden yang bersistemkan pengajian kitab (talaqi musyafahah). Terbuka kepada semua peringkat umur termasuk warga emas, mutaz'afin (golongan daif), fakir miskin, anak yatim dan lain-lain.

PENGAJIAN TAHFIZ
  • Darul Quran terbahagi kepada dua kategori, iaitu pengajian tahfiz Al-Quran yang terbuka kepada pelajar Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5. Manakala PraTahfiz Al-Quran pula terbuka kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun.

PENGAJIAN KHAS PEMUDA HARAPAN ISLAM (DARUL INSAN)
  • Turut mengambil pemuda dan pemudi yang hanyut jauh daripada ajaran Islam untuk dipulihkan melalui silibus khas yang dibentuk khusus untuk golongan ini. Tempoh pengajian adalah antara 6 bulan hingga setahun (mengikut perkembangan).


          Madrasah Tarbiyyatul Ajyal (MATA) amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi menampung kos pembinaan bangunan sekolah dan asrama. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan melalui  akaun atas nama:

MURABBI AJLAN
NO AKAUN MAYBANK
558181006872

SILA HUBUNGI:

UST HUSAIN BIN HAMID
019-5429907

UST SYAKIRIN BIN HUSAIN
019-5601204

UST MOHD IKRAM BIN AHMAD BADARUDDIN
019-9005771


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maha kaya lagi sentiasa terpuji" (Al Baqarah:267)


Kami menerima para pelajar tanpa melalui sesi temu duga. Walau selemah manapun pengetahuan agama mereka, adalah menjadi kewajipan kami untuk memberikan ilmu agama tanpa mengira keupayaan dan kebijaksanaan mereka.
 Ilmu daripada Allah milik semua.









1 comment:

  1. assalamualaikum saya ingin bertanya tentang menerima pelajar tanpa sesi temu duga dan lemah dalam agama . untuk umur berapa bagi kelayakan itu ?

    ReplyDelete